:- DETIK KEMATIAN -:

DAUNKU TELAH GUGUR DISAMBUT IZRAIL. KUNING DAN KERING...

Tarikan nafas saya terasa amat payah, bagaikan ada sesuatu yang tersekat di kerongkong. Dada saya berombak. Saya gagahkan jasad ini bersandar ke dinding. Tangan kanan saya letakkan di dada. Sesekali saya batuk. Harga tarikan nafas terasa amat mahal. Kematian seolah-olah tebayang di depan mata. Rasa insaf berbaur keazaman untuk bertaubat. Teringat kembali dosa yang telah dibuat. Dosa tangan, dosa mata, dosa hati dan dosa seluruh anggota badan. Terbayang wajah si polan dan si anu yang pernah dikhianati dan disakiti. Satu demi satu terbayang wajah keluarga dan sahabat-sahabat. Tetapi di manakah mereka waktu ini?.

Apakah selepas ini Malaikat Maut akan berkunjung?. Saya mula takut. Apa bekal yang telah saya sediakan untuk dibawa dalam perjalanan nanti? Tiba-tiba saya rasakan tarikan nafas semakin payah. Dada saya pula semakin sakit, kepala saya mula pusing. Ya Allah!, saya dengar suara memberi salam. Malaikat mautkah?.

Itu mereka telah datang, mengelilingi jasad saya yang terbujur kaku. Pak Imam, Mak Aji, Ustazah Salmah, Mak Su dan beberapa orang lain yang tidak saya kenali. Apa yang mahu mereka lakukan?. Kini saya bagai anak kecil, menyerah untuk diperlakukan apa sahaja oleh mereka.

Yaasin…. Bergema memenuhi ruang. Orang yang datang silih berganti. Yang jauh, yang dekat, orang hitam, orang putih, bertali arus.

Aduhhhhhhh…!!! Bisanya dagingku, cengkamannya amat perit!
“Angkat perlahan-lahan, mayat ini sakit,” saya dengar suara Ustazah Salmah. Orang yang tidak saya kenali tadi melonggarkan pegangannya. Ah…Ha…begitulah. Eh, mahu dibawa ke mana, jasad saya ini?.
“Kita mandikan kat pelantar tu.”
Angkat berhati-hati. Jaga aurat saya jangan sampai dilihat orang.
Huuhhhhhh… kenapa airnya panas sangat?. Tubuh saya terbakar bila roh berpisah dari badan. Mak Su, gosoklah perlahan-lahan. Tubuh saya luka dengan keluarnya roh. Daging tubuh saya jangan ditekan terlalu kuat, sakiitttt!

Mak Su mengambil air mutlak lalu menyiram ke tubuh saya perlahan-lahan. Kekotoran zahir telah tiada lagi pada jasad saya. Namun kekotoran hati saya yang tersirat tak siapa dapat membersihkannya. Oh Tuhan…saya takut, takut untuk bertemu dengan-Mu. Mengenangkan dosa-dosa saya…Aduhai, di neraka manakah agaknya tempat saya nanti? Tuhan….saya mengharapkan rahmat-Mu.

Terasa ada sesuatu memegang bahu saya. Malaikat mautkah?. Pipi saya terasa basah.
Perlahan-lahan saya celikkan mata. Kawan saya tersengih. “Hai teruknya mengigau,” sindirnya. Saya mengucap beberapa kali. Alhamdulillah, Tuhan belum menyuruh Malaikat Maut mengambil nyawa saya tadi. Rupanya Tuhan mahu mengingatkan saya yang sering terlalai akhir-akhir ini.
Saya teringat semua dosa yang saya lakukan. Terbayang wajah-wajah mereka yang padanya pernah saya lakukan kesalahan. Saban hari mata saya melihat itu dan ini, mulut pula sering mengucapkan perkara yang tidak sepatutnya, tak terbilang lagi dosanya. Betapa banyak dosa yang saya himpun setiap hari. Nafas saya mula sesak, dada saya berombak. Saya teringat mimpi saya tadi. Saya jadi bertambah insaf. Moga Allah panjangkan sedikit lagi umur saya. Saya mahu bertaubat bersungguh-sungguh. Berazam untuk menjauhi pekara maksiat. Saya mahu belajar lagi. Belajar ilmu yang dapat menyelamatkan saya di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Saya mahu perbaiki peribadi saya, akhlak dan amalan saya. Saya mahu jadi anak yang solehah, hamba yang bertaqwa dan pelajar yang cemerlang..


“Bahawasanya Allah Taala menjadikan pohon di bawah arasy. Pohon-pohon itu mempunyai daun sejumlah bilangan seluruh makhluk. Jika ajal seorang hamba telah diputuskan, akan tetapi umurnya, masih ada 40 hari, maka gugurlah daunnya pada tempat Izrail. Maka dengan hal itu Izrail tahu bahwasanya ia diperintahkan mencabut nyawa orang yang mempunyai daun. Dan setelah itu mereka menyebutnya mayat di langit padahal ia masih hidup di muka bumi selama 40 hari.”

- Kita sering sibuk merancang kehidupan kita di dunia yang sementara, namun apakah perancangan kita utk akhirat yg kekal abadi? -

:- KEMUDI HATI -:

HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI...Siapa saya, yang begitu sukar memaafkan?..Tuan?..Tuhan?


"Durra, sy geram betul la dgn si polan dan si polan..habis hidup kami sekeluarga berantakan kerananya".. Luahan hati sahabat sy itu membuatkan sy terdiam seketika. Kebetulan saya sedang menyelak majalah Anis keluaran Disember 2007 yang kebetulan terkandung rencana berkaitan itu, tulisan Ust Pahrol Mohamad Juoi. Sy cuba mengeksplorasi ke dasar hati..Ah, terlalu sukar memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah?. Dan cukup sakit apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun itu hanya bisik hati yang sakit. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri..ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tdk jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yg mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yg meredakan amukan rasa. Maafkan, lupakan...cintai, sayangi. Berperang dgn mereka bererti berperang dgn diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman: "Tolaklah kejahatan dgn sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara". Wahai diri, api jgn dilawan dgn api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama spt membina sebuah gunung berapi di dlm hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yg menanggungnya. Musuh-musuhmu terus ketawa, sedangkan kau sendiri meneguk bisa.

Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan saya. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu, sy akan menjadi lebih dahaga drpd sebelumnya. Apakah saya akan terjah perangkap itu berkali-kali?. Oh, tidak. Mukmin tdk akan terperosok dlm lubang yg sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!.

Biarlah mereka itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah saya letakkan. Tdk akan saya bawa dlm safar kehidupan yg pendek ini. Hidup terlalu singkat utk membenci. Bermusuh dgn org lain, sama seperti bermusuh dgn diri sendiri. Memaafkan org lain, bererti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang..Benarlah bhw kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika itu terasa benar apa yg selalu didengar dlm tazkirah - yg punya tabsyir dan inzar - bhw dosa itu sesuatu yg meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput dtgnya 'syurga' yg fana, sblm syurga yg baqa. Teringat kata-kata seorg shbt yg punya peribadi dan akhlak yg baik ketika dia usai berhadapan dgn seorg yg panas baran: " Memohon maaf tdk bermakna kita yg bersalah, mengalah bukan bererti kita kalah..tapi koreksi la hati dan peribadi untuk menghadapi setiap orang dengan cara yg cukup hikmah".

Siapa saya, yg begitu sukar utk memaafkan?.Tuan?.Tuhan?. Saya hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa saya yang kerdil dan kecil ini untuk terus berdendam?. Ya Allah, ampunkan saya. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kdg-kdg..saya 'terlanjur' menumpang hak-MU

- Duhai pengunjung blog yang mengenali diri ini, maafkan saya sekiranya tanpa sengaja menzalimi dan melakukan kesalahan terhadap kalian. Marilah kita sama-sama memaafkan sesiapa sahaja yang menzalimi, menganiayai atau menyimpan niat tidak baik kepada diri kita-
Andai ESOK nafasku terhenti..ingatilah detik terakhir diri ini, Andai ESOK nadiku mati, maafkanlah kesalahan diri ini..kerana diriku terlalu byk kelemahan dan kekurangan

:- BAHASA HATI -:

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain,
dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
SeseoraNg yaNg meNciNtaimu...akaN rela
melepaskaN mu pergi bila bersamaNya kamu tidak
bahagia...daN ia akaN ikut bahagia walau kamu
yaNg diciNtaiNya bahagia bersama oraNg lain
Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat supaya kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu..

- Cinta yang hakiki adalah cinta kepada ALLAH -
-Kepada pencari cinta sejati, bangkitlah membaiki peribadi, ubatilah hati, keluarlah dari kitaran sengsara yg membelenggu diri, moga cinta hakiki akan kau miliki-

:- ALMUKMINAH SOLEHAH -:


“Akalmu senipis bilahan rambut..tebalkanlah ia dgn limpahan ilmu, jua hatimu bak kaca yg rapuh kuatkanlah ia dgn iman yg teguh…Tercipta engkau dr rusuk lelaki bukan dr kaki utk dialasi, bkn dari kepala utk dijunjung… tapi dekat di bahu utk dilindung, dkt jua di hati utk dikasihi. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Mana mungkin lahirnya bayangan yg lurus elok..jika dtgnya dr kayu yg bengkok..begitulah peribadi yg dibentuk.....didiklah wanita dgn keimanan bukannya harta ataupun pujian kelak tidak derita berharap pada yg binasa.. engkaulah wanita istimewa…”

Bait2 lagu dr kumpulan Dehearty itu membuatkan saya menginsafi kejadian diri ini..sayalah si tulang bengkok..jika dididik dgn kekerasan saya akan patah, jika terlalu lembut..maka selamanya saya akan bengkok..leceh kan..hmm..tp itulah uniknya kejadian Tuhan, dan itulah juga kelebihan utk saling melengkapi kehidupan bersama kaum Adam…namun, tentu kita masih ingat pesan Nabi bahawa wanita adalah fitnah terbesar kpd umat akhir zaman..Ya ALLAH, saya harap diri ini tdk menjadi fitnah kpd Islam tp jadikanlah diri ini sbg asbab hidayah kpd org lain..doa itulah yg sering saya ulang2 lantaran takut saya bakal diperhitungkan atas dosa org lain yg berpunca dari diri saya..Membaca sirah wanita solehah di zaman silam, terasa jauh utk saya mengejar impian menjadi seperti mereka..terlalu byk yg kurang..

Saya cuba contohi segala sifat2 mereka supaya diri ini tidak ketinggalan untuk merebut gelaran wanita solehah di sisi ALLAH..tapi layakkah saya?..dgn karat mazmumah yg menguasai diri, dgn akhlak dan peribadi yg sering tersasar dari garis panduan Islam, dgn ilmu yg sedikit cuma..mampukah saya?.. Lemahnya saya menghadapi segalanya membuatkan saya hampir berputus asa…hanya DIA kekuatan saya..saya yakin, saya mampu..saya perlu kuatkan mujahadah melawan hawa nafsu, berusaha bersungguh2 untuk memperbaiki diri ini setiap saat dan ketika…Impian saya utk menjadi seorg muslimah dan mukminah solehah, akan cuba saya realisasikan sblm nafas ini terhenti…Duhai pengunjung blog yg bernama wanita, kalian amat saya sayangi krn kaum kita inilah yg paling byk menghuni isi neraka, justeru itu saya harap kita dapat sama2 saling ingat mengingati kerana kita juga golongan yg paling mudah utk memasuki syurga..mari kita sama2 renungi kata2 ini..

“Hawa, jgnlah sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dgn lembut tuturmu, dgn ayu wajahmu, dgn lengguk tubuhmu. Jgn menghentak2 kakimu utk menyatakan kehadiranmu. Jgn Hawa, jgn sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yg bkn suamimu, krn dikhuatiri ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.

Hawa, andai engkau belum berkahwin, jgn engkau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik..Jgn menggadaikan maruahmu hanya semata-mata krn seorg lelaki..Jgn memakai pakaian yg menampakkan susuk tubuhmu hanya utk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki krn kau bkn memancing hatinya tp meransang nafsunya. Jgn memulakan pertemuan dgn lelaki yg bukan muhrim krn dikhuatiri dari pertemuan..lahirnya nafsu kejahatan yg menguasai diri..Jgn kau tanggalkan pakaian malumu dari dirimu kerana itulah benteng yg menjaga dirimu.

Hawa, lelaki yg baik tdk melihat paras rupa, lelaki yg soleh tdk memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yg warak tdk menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka..Tetapi Hawa, lelaki yg baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan addinnya. Lelaki yg baik tdk menginginkan sebuah pertemuan dgn wanita yg bkn muhrimnya krn dia takut memberi kesempatan pd syaitan utk menggodanya..Lelaki yg warak jg tdk mahu bermain cinta krn dia tahu apa matlamat dlm sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan..

Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Keraskan suaramu, seriuskanlah perwatakanmu ketika berurusan dgn mereka..Sekiranya ada yang ingin mendekatimu, tegaskan kepada mereka bahawa kita punya prinsip, kita punya maruah untuk dipertahankan..biarlah mereka mengatakan kau ego krn terlalu tegas menjaga prinsipmu, biarlah mereka mengatakan kau degil kerana tidak mengikut kata mereka..Ingat Hawa, andai dirimu dipenuhi iman, andai dirimu dihiasi taqwa, kelembutanmu..keayuanmu dan kepatuhanmu sedia terserlah sebagai pancaran imanmu ketika bersuami nanti. Sembunyikan kemanisan senyumanmu, tutuplah segala kelebihan yang bisa menggoncang nafsu kaum Adam..Andai kata ditakdirkan tiada cinta dr Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu..Cintailah Allah di kala susah dan senang krn kau akan memperolehi cinta dari insan yg juga menyintai ALLAH..Ingatan terakhir, jgn sesekali tgn ini menggoncang keimanan kaum Adam. Tetapi biarlah tgn yg lembut ini menggoncang dunia dlm mencapai keredhaan Illahi”

-Wanita yg baik adalah yg tidak memandang lelaki dan lelaki tidak memandang kepadanya-

:- UBAT HATI -:

“Mak, org rasa tak nak la pergi DPLI kat UPSI tu..rasa tak sedap hati dan takde semangat langsung nak belajar balik..nanti tak bleh blajar lagi susah..dahla terikat ngan KPM..” itulah antara ungkapan awal yg saya luahkan pada ibu saya sewaktu menerima tawaran program DPLI hujung thn lps..mana mungkin saya nak belajar, dlm keadaan diri saya yg sebegini..walaupun menjadi seorang pendidik adalah cita-cita saya, namun..lantaran peristiwa yg agak membuatkan hidup saya agak kelam kabut mendorong saya meluahkan keputusan itu..

Dalam keterpaksaan, saya gagahkan juga kaki melangkahkan kaki ke UPSI, kes kena paksa ngan ayah..huhu..tp bila fikir2 balik, bagus juga dipaksa gini, kalau tidak tentu saya masih menjadi suri rumahtangga sepenuh masa atau tengah giat mencari kerja di sekitar KL setelah meletak jawatan di MTDQ gara-gara kedegilan saya menghadapi mudir..dan kalau bukan krn kedegilan saya itulah tentu saya tak dapat tawaran ke UPSI ni..

Tup2..dah hampir sebulan kat sini..waa..tak sabarnya nak abis..bkn tak nak belajar..saya mmg nak belajar..malah saya mmg mahu belajar sehingga peringkat yang paling tinggi..bila saya melihat mereka yg berada di ‘atas’(tak kira la di mana2 jabatan atau organisasi) terdiri dr mereka yg tdk menghayati Islam yg sebenar, maka begitu susah nak wujudkan biah solehah dan sukar nak laksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, saya juga terpanggil utk menyahut seruan itu untuk sama-sama membantu agamaMU ini..sebab itu saya gagahkan juga kaki melangkah walaupun hati masih tidak tenang..byk sumbangan yang kita boleh lakukan apabila bergelar seorang pendidik..saya muhasabah diri, kuatkan hati, mohon pd Allah, hayati ayat2NYA dan habiskan wang ringgit utk membeli buku2 motivasi krn saya fikir punca saya jadi sebegini lemah selepas ujian2 yang berlaku gara2 hati ini sakit..ya..sakit krn terlalu byk mengikut nafsu..sakit kerana byk melakukan dosa..lantaran itu hati ini sentiasa resah..tdk tenang..saya perlukan ubat..ubat utk hati ini..Sabda Rasulullah SAW:
“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yg dimaksudkan ini adalah hati” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Para ulama telah menyatakan, Allah SWT telah mengketegorikan hati kepada 3 jenis iaitu qalbun sahih, qalbun mayyit dan qalbun maridh..qalbun sahih bermaksud hati yg suci, bersih, sihat dan bebas dari segala gangguan yg boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan ALLAH..qalbun mayyit bererti hati yg mati..org yg memiliki hati ini tidak akan mengenal Penciptanya..manakala qalbun maridh adalah hati yg sakit..golongan yg mempunyai hati jenis ini masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit..hati ini perlu dirawat dan diubati..

Buat semua pengunjung blog, marilah kita sama2 mengkoreksi hati dan diri kita, semoga diri kita sentiasa berusaha utk memiliki qalbun sahih..terlalu byk utk saya huraikan tentang persoalan hati ini..apapun, kenalilah hati sendiri sebelum berusaha mengubatnya…utk renungan bersama, sama2 kita hayati frasa ini “ Nafsu dan syaitan bekerjasama utk merebut tempat di hati manusia. Jika hati sudah dikuasai, sudah ditawan maka manusia tdk lagi mengikut perintah Allah SWT dan RasulNya tetapi akan mengikut apa sahaja kehendak nafsu dan syaitan…”

-Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, jasad lahir tumpuan manusia, utamakanlah pandangan Allah..daripada pandangan manusia-

:- ALHIJRATU RIHLATU HADINA.. -:

Selamat tinggal silamku…pergi jauh dariku…biarkanku…jangan ganggu diriku…kelak akan ku ganti dengan senyuman…walaupun pahitnya masih terasa…mungkin kali ini…akan mampu ku harungi…pimpin jiwaku ini….kuatkan diri yang lemah ini oh Tuhanku..

Sedar tak sedar, tahun baru hijrah 1429 sudah masuk minggu yang ketiga..saya hitung-hitung dan muhasabah diri yang kerdil ini..terlalu byk sejarah hitam pada tahun sebelum ini..sejarah dan pengalaman yang menambahkan lagi titik noda hitam dalam hati saya, mencacatkan agama dan iman saya..ujian dariMU yang sepatutnya membuatkan saya tabah dan lebih kuat, tetapi saya kecundang lantaran alpanya diri ini, rapuhnya iman ini menghadapi segalanya..Bila terdetik dalam hati saya..MENGAPA SAYA DIUJI dengan ujian sebegini?..apabila saya menangis mengenangkan diri ini tak sekuat dulu..hampa dengan diri sendiri…mujur ayat MU dlm Surah Al-Ankabut ayat 2-3 menenangkan hati saya…

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta”.

Saya beristighfar pjg…Maha Suci Allah yg tdk menjadikan sesuatu itu dgn sia2..fikirlah wahai diri..fikirkanlah sesuatu itu dari kaca mata iman..ambillah segala baik buruk itu sebagai sesuatu yg berharga utk kita..sebagai pengajaran, sbg pengalaman, sbg kafarah kpd dosa2 kita..alhamdulillah..sekiranya DIA tidak turunkan ujian, mana mungkin kita akan lebih dkt dgnNYA?..Hijrahlah wahai diri..ke arah yg jauh lebih baik..!..

Bila saya kecewa dengan suratan takdir, tidak gembira dengan hidup ini, tidak matang membuat keputusan dan mengutamakan kehendak hati berbanding ketentuan Illahi..renunglah wahai diri ayat indah dr Surah Al-Baqarah ayat 216..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Mengalir air mata lantaran kesal krn tidak redhanya saya menerima segala sesuatu…Kiriman SMS dari seorg sahabat, nyata meresap dlm hati saya.. “ukhti, IMAN itu lebih cantik dr segala yg ada di bumi ini, nikmat iman itu lebih manis dr madu yg paling manis. Menjaga IMAN itu amatlah sukar dari menjaga nyawa sendiri..Justeru itu kuatkanlah IMANmu dengan pengorbanan suci..teguhkanlah IMANmu dgn mengorbankan apa yg paling kamu sayangi termasuk apa-apa perkara utk kepentingan dirimu sendiri..” Syukran ya ukhti, ya sahabati..uhibbuki fillah..sahabat inilah yg byk mengetahui keadaan diri saya yang agak tidak terurus sejak beberapa bulan yg lalu lantaran ujian demi ujian dlm hidup saya..saya amat berharap ALLAH tak uji lagi dengan ujian yg lebih berat sekiranya tak mampu saya harungi dgn suara iman..aku takut yaAllah..aku takut membelakangiMU, aku syg agamaku dan aku syg imanku ...

Selamat Tahun Baru Hijrah kpd semua pengunjung blog…rasanya ucapan ini tdk terlambat krn kita dituntut utk berhijrah dr keburukan kpd kebaikan sekerap yang mungkin…Kenangkan juga kisah penghijrahan Rasul dan para sahabat sbg sirah berharga buat generasi hari ini..penghijrahan yg menjadi titik tolak tersebarnya adden yg kita sayangi ini sehingga 2/3 penduduk dunia hari ini dihuni oleh umat Islam.. Untuk akhirnya, renungkanlah kata-kata ini “Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan, krn DIA tahu apa yg kita inginkan,adakalanya DIA mengambil sebelum sempat DIA memberitahu, krn DIA lebih tahu apa yg terbaik buat kita.. adakalanya DIA sdg menguji tanpa kita sedari, maka DIA anugerahkan kita akal utk sentiasa berfikir...memilih jln terbaik.”.