Sebenarnya, tarikh kursus I-Think ni sehingga hujung tahun 2016.
Memandangkan sekarang ni hampir ke hujung tahun, maka saya pasti ramai para
guru memasuki fasa kelam-kabut bagi menyiapkan kursus atas talian tersebut.
Mujur saya dah siapkan beberapa bulan yang lalu. Jika diikutkan naik muak dan sangat
stress untuk menghadapinya kerana sistem yang TAK USER FRIENDLY. Tetapi tugasan
perlu dilaksanakan, jika tuan puan mengikuti tips ini, insyaAllah semuanya akan
berjalan lancar.
Mula-mula, anda tahu ke alamat URL kursus ini. Hehe..alamatnya ialah http://mygfl.moe.gov.my/
Password pula ialah password. (awas anda boleh tukarnya selepas
log in nanti)
1. Masalah paparan yang berputar. Kebanyakan guru merungut tentang sistem tak boleh masuk dan asyik
berputar. Jadi mereka pun terus tak buatlah. Jika anda menghadapi masalah
paparan yang sentiasa berputar, itu bukan masalah sistem!. Itu adalah masalah
instalasi JAVA dan FLASH yang tak serasi dengan sistem MyGfl. Anda perlu ke
control panel dan remove semua perisian JAVA dan FLASH yang ada di dalam
komputer anda. Kemudian, anda install semula perisian JAVA dan FLASH yang
terdapat di halaman hadapan laman web MyGfl. Sebelum dapat paparan di bawah,
anda kena register course dulu tau. Saya tak ajar yang tu, sebab tiada masalah
yang rumit nak hadapi. Tapi, kalau ada juga boleh tinggalkan komen di bawah ye.
2. Sebelum itu, anda WAJIB mengemaskini maklumat peribadi di bahagian
MyPage. Terutama Mel Eletronik anda atau E-MAIL ini kerana sijil akan diemailkan melalui alamat Emel kepada anda setelah melengkapkan kursus ini.
3. Saya mencadangkan anda sebaiknya untuk mengguanakan Bahasa
Inggeris kerana ianya lebih stabil dan lebih cepat (percayalah, walaupun anda SANGAT
TAK HEBAT dalam bahasa Inggeris, macam saya) kursus ini akan dapat dilaksanakan
dengan lebih lancar. Ini kerana ada beberapa soalan yang diterjemah ke dalam
Bahasa Melayu, namun ianya tidak mencapai kriteria yang ditetapkan. (macam translate menggunakan google translator la)
4. Masalah tidak beranjak ke Modul seterusnya. Masalah ini berlaku
kerana anda tidak berhenti dengan cara yang betul. Masalah ini lah yang selalu
bikin cikgu jadi SANGAT STRESS dan rasa hendak menghempaskan computer dengan
kadar 100Km/j kerana apabila anda telah menyelesaikan beberapa modul ini lebih
kurang berjam-jam lamanya, data yang telah anda buat tidak akan disimpan, maka
oleh hal yang demikian anda dipaksa dan terpaksa mengulang modul yang sama
sekali lagi. GILA TAK???
OK, macam ni, apabila anda sudah menyelesaikan sesuatu modul dan ingin
berhenti untuk berehat, bosan, makan dan sebagainya anda JANGAN TERUS TEKAN
BUTANG QUIT, apa dia?.
JANGAN TERUS TEKAN BUTANG QUIT
Tetapi, anda harus pergi ke Modul seterusnya (frame Learning Outcome).
Selesaikan introduction je kemudian BARU BOLEH TEKAN BUTANG QUIT. Jadi, Modul
yang telah anda selesaikan sebelumnya insyaAllah takkan hilang di dunia.
Nampak tak, setiap Modul mesti ada frame learning outcame semasa
permulaannya kan. So, kalau anda dah siap sampai frame Integrate atas sekali
tu, jangan terus quit walaupun anda nak terbe**k. Klik terus Modul seterusnya
dan siapkan nombor 1 pada frame learning outcome tu. InsyaAllah Modul sebelumnya
takkan hilang.
5. Jangan tertipu dengan paparan di sebelah kiri anda (seperti dalam
rajah) di bawah.
Setiap kali anda nak sambung kursus anda, anda MESTI KLIK YES apabila
ditanya “ADAKAH ANDA INGIN MENYAMBUNG DARI PAPARAN SEBELUM INI?”. TOLONGLAH PERCAYA
pada skrin anda sekarang walaupun menu di sebelah kiri anda menunjukkan anda
belum menyiapkan Modul sebelumnya.
Saya sampai nak nangis bila saya tengok menu pada sebelah kiri tu dia
tak tick (menandakan modul itu telah selesai) padahal masa tu saya tengah
siapkan modul yang di bawahnya. Pelik kan??? Sangat pelik!!. Modul yang
sebelumnya dia tak rekod pun kita dah selesai. RELEKS, Keep Calm N Smile,
jangan nangis dulu. Senang citer, abaikan aje menu di sebelah tu. Percaya pada
frame yang sedang anda buat sekarang.
Tadaa..siap lah tak sampai 24 jam pun. Tapi tu kalo tak tidur, tak
makan, tak solat (haha..mana boleh tak solat) dosa tau..Ok lah..kalau ada yang
tanya lagi pasal i-think sementara due date semakin hampir..boleh tinggalkan
komen atau pm saya di Facebook Durratul Khair