PENGALAMAN MEMBUAT LASIK MATA









Sebenarnya saya dulu memakai cermin mata dengan power sebelah kiri 650 dan sebelah kanan 750. Setelah hampir 26 tahun berkaca mata, saya bertekad untuk membuat rawatan lasik. Buat yang bertanya saya tentang LASIK, di sini saya nak ceritakan pengalaman saya membuat LASIK 4 tahun yang lalu..


Saya Si Mata Rabun

Seksa tau jadi budak rabun. Bangun pagi, cermin matalah yang kau cari dahulu. Seriau tau masuk ke bilik air kalau tak pakai cermin mata sebab kau takut sangat terpijak katak. (Kat kampung banyak katak di bilik air..huhu)..Rabun saya sangat teruk, power cermin mata waktu itu 1000 lebih kut. Tak ingat sangat tapi bila kau tak pakai cermin mata, memang muka kawan kau nampak macam hantu tak bermuka. Serius, kau takkan nampak kawan kau senyum kat kau atau melambai kau. Maka kau akan dicop sombong..


Saya memakai cermin mata sejak darjah 4 sebab suka cuba memakai cermin mata abah, kononnya supaya nampak lebih pandai dan genius..haha..akhirnya, kau rabun betul dan setiap tahun bertambah power cermin mata itu sebab suka melihat TV dengan jarak yang dekat..Dipendekkan cerita, saya buat keputusan buat LASIK setelah tak tahan dengan kerabunan saya yang tak boleh melihat momen indah melahirkan Husna. Dan keputusan kau semakin kukuh setelah cermin mata kau asyik dipatahkan berkali-kali oleh anak kau yang semakin melasak. 

Survey Tempat

Memandangkan saya bukanlah jutawan mahupun hartawan, saya pun mencari tempat untuk membuat LASIK sesuai dengan kemampuan saya. Dr. Muhaya kata, pakar mata ni sama sahaja di mana-mana. Jangan kau pergi kepada doktor yang tidak bertauliah sudahlah..Saya buat di Advance VisionEye Specialist Centre di Petaling Jaya. Kau boleh lihat webnya di http://www.advancevision.net.my/. Ini pula page dia https://www.facebook.com/AdvanceVisionEyeSpecialistCentre/..

Mahal ke

Tak mahal pun. RM2888 sahaja untuk sepasang mata. Mahal lagi kereta Toyota Vios kau. Tapi ada yang berharga RM5588. Bergantung jenis LASIK. Nak terangkan pun payah, kau kena pergi dan buat pemeriksaan mata kau dulu di situ..Kalau ibu bapa kau mengadu dah tak nampak sebab faktor usia. Mungkin ibu bapa kau ada katarak. Bawalah pergi untuk buang katarak tu. Harganya mahal sedikit. RM2 ribu lebih itu hanya untuk sebelah mata sahaja..Saya bawa abah buat untuk sebelah matanya. Dan sekarang beliau cakap, sebelah matanya itu sahajalah yang membolehkannya melihat. Huhu..semoga saya dimurahkan rezeki untuk buat yang sebelah lagi...

Sakit tak

Semasa prosedur membuat LASIK tu, kau macam rasa buta sesaat. Tak sakit pun, macam kena gigit semut sahaja. Dan prosedur ini tak lama pun. Tak sampai 10 minit pun, kau dah selesai. Masa itu penglihatan kau dah nampak 30% kalau tak silap..Dinasihatkan kau bawa driver semasa buat LASIK ni sebab selepas prosedur itu, mata kau akan pedih macam dimasuki cili. Nak buka mata pun payah, apatah lagi nak memandu pulang ke rumah..

Dalam sehari sahaja rasa pedih tu. Petangnya selepas tidur (kau akan diberi ubat tidur) sudah tak rasa apa. Celik mata sahaja, rasa macam bahagia sangat sebab boleh nampak pemandangan sekeliling dengan jelas..Dan dekat sebulan kau akan tersasul konon macam betulkan cermin mata di hidung. Pemakai cermin mata tegar sahaja yang akan mengalami situasi ini...Haih......


Sumber gambar adalah dari Encik Google dan Puan Youtube. Itu bukan gambar atau video mata saya. Sekian